Pages

Thursday, 21 March 2013

Ini Bukan Cara Hindu, Ini Cara Setan!

Salam 1Malaysia...

Penganut hindu dan juga penganut agama lain tolong jangan percayakan cara sembah begini...tidak pernah agama Hindu mengajar cara pengorbanan begini...

Ini perbuatan setan yang tidak berperikemanusian.....

Berita dari Kluang, amat mengejutkan apabila kepala lelaki warga emas ditemui di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, berhampiran Sri Lalang, tidak jauh dari bandar Kluang semalam. Mangsa yang berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation sebelum membuat laporan kepada polis.

Siasatan menunjukkan, mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipancung dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia 70 ahun di ladang tersebut untuk tujuan pemujaan.

Polis sedang giat mengesan badan dan anggota tubuh mangsa yang lain.

Beberapa tahun dahulu, seorang kanak-kanak perempuan telah dipenggal kepalanya bagi tujuan memuja nombor ekor di sebuah kuil lama di Selama, Kedah. Kononnya, bagi memuja Dewi Kali agar memberikan nombor ekor dan kekayaan, kepala manusia diperlukan sebagai bahan pemujaan.

Nampaknya, masih ada golongan bangang yang bergantung kepada nombor ekor dan judi untuk hidup mudah sehinggakan mereka mengambil langkah kejam dan jenayah bagi tujuan berkenaan.

Ini dah hampir sama macam cerita lanun Sulu yang mengaku beragama Islam tetapi sangat bergantung kepada tangkal kebal dan azimat serta ilmu batin untuk menentang pihak keselamatan Malaysia yang akhirnya membuatkan mereka mati ditembak atau bakal mampus kebuluran.

Sumber: The Flying Kick

WE LOVE 1MALAYSIA

No comments:

Post a Comment